RESULT

Assalamualaikum w.b.t.

Ehem ehem. hehe. *buat tanda peace* . Alhamdulillah semalam aku telah tengok result aku yeayyyyyy. result sem 2 yeayyy dah keluar. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. syukur padaMu Ya Allah. keputusan aku same jgk mcm sem lepas.

 tapi naik sikit je. tapi aku dah bersyukur sesangat. paper yg aku takut sangat tu alhamdulillah lulus jgk. sebab time exam hari tu paper tu aku tak leh jawab. i mean bukan tak leh jawab semua. macam konfiden dalam diri aku ni takde time aku jawab paper tu.

aku ingat lagi time aku habis paper tu lega yang amat tapi at the same time jgk aku still nervous.
aku tak tau ape yg aku jwb time tu. hahahha. aku redha je. yg penting aku dah usaha. dan Allah pandang usaha kita. alhamdulillah sekarang aku dah dapat keputusannya. dan aku jugak amat puas hati dengan keputusan aku tu.

semalam pun time aku nak tgk result tu kan , aku duduk sebelah ayah aku. sebenarnya aku nak pinjam hp dia kejap sebab hp aku tak boleh nak check. maklum lah hakak pakai maxis je. line lembab la sikit. and then tetibe keluar nama aku dkt hp aku sediri. hahaha. tak jadi pinjam hp ayah aku. and dia tanye kenape nak guna hp dia? aku jwb la ermm ade benda kejap. hehe. pastu dia ckp kredit dah habis ke? aku cakap tak. pastu dia buat muka pelik. aku pun terus terang je la ckp nk tgk result tapi takpe lah sebab dh boleh tgk kat hp sendiri. hehe .

so bila tgk result and tetibe rase mcm nak nangisssssss. aku rase mcm dapat result spm balik je. hahhaha. serius nasib baik semalam ramai orang kat rumah. kalo tak memang menangis beria la aku semalam. tapi nasib baik boleh tahan lagi la. berair mata je. ayh aku pun tgk result tu. alhamdulillah aku dapat keputusan yg aku rase memang bg aku happy sesangat. aku nampak kegembiraan dlm diri parents aku. diorang pun happy. ape yg aku nak , aku nak diorang happy tgk result aku. cukuplah time spm dulu selalu kecewakan diorang. sbb time spm dulu aku banyak main-main. hehe

so bila dah masuk alam kolej ni nak main-main memang tak sempat la. dah 6 bulan je satu sem. sempat ke kau nak main-main. study ala kadar. hurmm,, silap hari bulan boleh lingkup tau. sebab tu la aku tak nak bazirkan duit parents aku yg dah banyak bayar tu bayar ni kat kolej tu. nasib baik la kolej tu separuh mara bayarkan. kalo semua nak bayar sendiri memang sekali dgn aku la lingkup.

kawan-kawan housemate aku pun dapat result yg cemerlang semuanya. tak sabar nak jumpe diorang blk kl nt. tahniah jugak kat diorang semua. and terima kasih jgk kat korang sebab selalu bg support kat aku time aku down je. sbb aku ni cepat sangat down. hehe . dan jugak terima kasih dkt orang tu sebab selalu jgk bg semangat sruh teruskan study , belajar rajin-rajin balas jasa mak ayah kita. hehe.

aku harap next sem aku still dapat kekalkan result macam ni. terima kasih umi aboh.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 



Comments

Popular Posts