HELLO DUA RIBU EMPAT BELAS

Assalamualaikum.

Terasa begitu lama jejari kesayangan aku ini tidak menaip. Patik mohon kemaafan daripada hamba semua. Maafkan patik sebab dah lama tidak menulis dalam blog ini. Sesungguhnya dan sebenarnya patik malas nak update belog. Hahaha. Entah mengapa lah tetibe pulak nak cakap patik hamba ni bagai kan. Memang sebenar-benarnya aku malas nak menulis blog ni lagi , entah lah aku pun tak tau kenapa perasaan MALAS ni membuak-buak dalam diri. Sampaikan kadang-kadang nak kemas rumah sendiri pun aku malas. haha. Tapi tak ape lah, bukannya sokmo aku malas gitu. Kadang-kadang je pom. haha.


Welcome DUA RIBU EMPAT BELAS . Sempat lagi kan aku wish welcome 2014. hee : D. takpe lah aku lambat sikit. hurmmm,, kebiasaannya masuk tahun baru je mesti setiap seorang ade azam baru. ce bagitau sikit. aku pun nak tau jugak. *tetibe jadi kaki busybody* ade aku kesah? hahak. mesti panjang lebar kemain azam anda-anda semua ni kan and sometimes tu boleh jadikan list. macam list nak beli barang dapur or so on. tapi azam aku takde lah sampai boleh buat list macam tu sekali. azam aku tak banyak pom. hehe. 


Semenjak dah jadik orang dewasa ni *perasan kejap* eh! tapi memang dah dewasa pun kan. sekolah dah habis. spm dah habis. and now tanam anggur kat rumah sampai berkebun-kebun aku tanam. sape nak tu, contact aku kay. ni nom dia 014, tekan-tekan tak dapat. hahaha. okay-2. sorry. haha. jadi bengong kejap sebab dah lama tak menaip. Semenjak dah jadik orang besar lah katakan,  perasaan malas makin bertambah-tambah. Aku pun tak tau la ape kena la dengan diri aku ni. Kadang tu aku suke bermonolog sorang diri , tapi bukannya kumpulan monoloque yang artis tu eh. ni bermonolog sendiri. cakap dalam hati sendiri la. cenggitu la kot. aku pun dah tak ingat dah,. hehe. 


Masa sebelum habis sekolah dulu, macam-macam aku nak buat. nak buat tu, nak buat ni but and now , satu habuk pun tak jadik. erghhh *sigh* hari tu dah cadang ingat nak bukak bisnes online pastu tup-tup tak jadik. sebab malas nak uruskan hal tu , hal ni. aku pun tak tau la kenapa malas ni semakin kuat menguasai diri aku ni. lagipun aku ni takde transport nak gi sane, nak gi situ. tu yang jadi payah sikit. so, lepas aku dah discuss dengan member aku yang lain, dengan hati yang gundah gulana lagi tak terbuka terpaksa jugaklah kena cancelkan. sebab nanti takot payah nak gi pos la ape la. so, lebih baik cancel teruih! and now bisnes takde. jadi penganggur terhormat. sesiapa nak ikut jejak macam aku dipersilakan. haha. kay-kay. gurau je kay. don't take it serious too much.


hurmm,, boleh tahan penjang jugak aku melalak dekat belog ni. tapi takpe lah bukan selalu pun. hehe. time aku ade cerita baru aku share dalam blog ni. sebenarnya aku nak cakap pasal azam tahun ni tapi dah cakap tah lain. hurmm,, harap korang sabarlah baca ye. heee : D

OKAY. sebenarnya ape azam aku ni? aku pun tak tau la. haha. tak la. memang aku ade azam aku sendiri tahun ni. iaitu :-

AKU NAK MASUK KE MENARA GADING IAITU UNIVERSITI. 

harap sangat aku dapat masuk U macam abang aku tu. *mula timbul jeles dengan abg sendiri*
aku nak sangat masuk. aku harap sangat dapat balas jasa baik kedua orang tua aku. diorang dah terlalu banyak keluarkan masa aku upsr , pmr and spm dulu. and now aku harap sangat-sangat dapat balas semula jasa baik diorang. Insya Allah. 

 "YA ALLAH , HAMBA MOHON PADAMU, BERILAH PELUANG KEPADA KU UNTUK MEMBALAS JASA KEDUA IBU BAPA KU , BERILAH PELUANG KEPADA AKU UNTUK MEMASUKI KE UNIVERSITI. BANTULAH HAMBAMU INI. AKU SERAHKAN SEGALANYA KEPADA MU. AMIN" 

Insya Allah.

sekian. maafkan atas kekasaran bahasa aku . sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah s.w.t , yang buruk itu datang daripada aku sendiri. 

Assalamualaikum. 


Comments

Popular Posts